Pentadbiran Jaafar bin Haji Muhammad

Pegawai British di Negeri Selat berpejabat di Singapura menganggap Datuk Jaafar sebagai seorang yang tegas straight forward man. Datuk Jaafar bersama Datuk Sri Amar Diraja menentang cita-cita British menakluk negeri Johor sehingga terjadi sedikit keretakan hubungan dengan Sultan. Sebenarnya Sultan Johor mahu menerima seorang penasihat atau General adviser pada 1910 kerana kalau Setiausaha Negeri jatuh sakit, tiada siapa lagi akan menasihati baginda.[1]

Gabenor Negeri-Negeri Selat beberapa kali cuba membawa Johor di bawah kawalan British sebagaimana Singapura. Mereka tidak menemui sebarang bukti pemerintahan buruk, tidak terdapat konflik atau persengketaan untuk mewajarkan campur tangan. Pada 1885, Gabenor Negeri-Negeri Selat, Cecil Smith telah memantau penjara, kerja-kerja awam, dan jabatan-jabatan kaji selidik di Johor. Beliau melaporkan kepada Pejabat Tanah Jajahan bahawa terdapat "organisasi baik", "memuaskan kemajuan", dan kerja-kerja" mengagumkan dilakukan" oleh pegawai-pegawai dan kerani Melayu. Dalam erti kata lain, tidak ada bukti salah atur untuk mewajarkan perlantikan Residen British.

Faktor utama ialah pentadbir Johor tidak buta huruf. Mereka mendapat pendidikan Melayu atau pendidikan Barat dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.


Bagi mengenang jasa dan bakti beliau kepada kemajuan negeri Johor, baginda Sultan telah menganugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada beliau.